Loading...

Tuesday, April 26, 2011

Terima Kasih DanTahniah

Ucapan setinggi tahniah kepada barisan Jurulatih Utama Sahabat PPDa PETRONAS 2011 kerana telah melaksanakan tugas yang cemerlang dalam memberi input dan melatih 100 orang fasilitator Pelajar Menengah dan Rendah untuk menjadi agen program Pendidikan Pencegahan Dadah disekolah. Penghargaan juga kepada para pentadbir sekolah yang memberi kebenaran untuk guru-guru dan murid-murid yang menyertai program ini. SYABAS!!!

JURULATIH RENDAH

1. NOORAIHAN BT SHAARI SK KEPALA BATAS

2. NOOR ASHIKIN BT ABU BAKAR SK BAGAN AJAM

3. HAYATUN AZIAN BT SAID SK KAMPONG SELAMAT

4. ZARINA BT RAZALLI SK PERMATANG JANGGUS

5. NG CHOOI FUNG SRJK (C) AIK KEOW PENAGA

6. MUSTAKIM BIN MD NOOR SK KUALA MUDA

7. MUNIANDY A/L GOVINDASAMY SRJK (T) LADANG MAYFIELD

8. ZAIDI BIN MD ISA SK POKOK SENA

9. AZMI BIN RAMLI SK HASHIM AWANG

10. HAIRUL ANWAR BIN IBRAHIM SK TELOK AIR TAWAR

JURULATIH MENENGAH

1. MOHD FAIZ BIN MOHAMAD SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

2. ARIF BIN MOHAMAD SMK PERMATANG TOK LABU

3. NOOR HASYIMAH NGAH@JUSUH SMA MAAHAD AL IMAM AL NAWAWI

4. FADZLIANI BT HAMZAH SMA MAKTAB WANJAH

5. NORHASENI BT SAMSUDIN SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 1

6. SAMSIAH SALLEHUDUN SMK BERTAM INDAH

7. TAN LAY HAR SMJK CHUNG LING

8. NIRMALA A/P RAJANDRAN SMK BAGAN JAYA

9. SAIDIN BIN AHMAD HASSAN SMK PAYA KELADI

10. MOHD RAHMAT KAMARUDDIN SMK KAMPONG KASTAM

Thursday, April 14, 2011

Kursus Fasilitator Sahabat PPDa Petronas Sekolah Menengah

Kursus ini akan dilaksana pada 19hb. April hingga 21hb April di Kem PLKN Sri Kandi, Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Seramai 50 fasilitator murid sekolah menengah yang terpilih dari kalangan pemimpin murid akan mendapat latihan pendedahan asas sebagai agen penyampai maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah kepada rakan sebaya mereka. Kursus ini akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Utama En. Adam Malek bin Haji Ibrahim (Kaunselor SMK Datuk Hj. Ahmad Said, Sungai Dua, B'worth). Beliau akan dibantu oleh 10 orang Jurulatih Utama yang telah dilatih khusus untuk program ini untuk sesi 2011.

Thursday, April 7, 2011

Kursus Fasilitator Sahabat PPDa Petronas Sekolah Rendah

Kursus ini akan dilaksana pada 12hb. April hingga 14hb April di Kem PLKN Sri Kandi, Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, Kedah Darul Aman. Seramai 50 fasilitator murid sekolah rendah yang terpilih dari kalangan pemimpin murid akan mendapat latihan pendedahan asas sebagai agen penyampai maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah kepada rakan sebaya mereka. Kursus ini akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Utama En. Adam Malek bin Haji Ibrahim (Kaunselor SMK Datuk Hj. Ahmad Said, Sungai Dua, B'worth). Beliau akan dibantu oleh 10 orang Jurulatih Utama yang telah dilatih khusus untuk program ini untuk sesi 2011.

Sunday, April 3, 2011

Mesyuarat Program Fasilitator Pelajar Sahabat PPDa PETRONAS

Mesyuarat ini akan diadakan di Bilik Mesyuarat PPD Utara pada 6hb. April 2011 pada jam 8.30pagi melibatkan seramai 20 orang Jurulatih Utama Sahabat PPDa PETRONAS sesi 2011 yang terpilih untuk merangka perjalanan program diatas. Semua JU perlu membawa bersama modul yang telah dibekalkan semasa Kursus JU Sahabat PPDa PETRONAS di Naza Talyya Hotel pada bulan Februari lalu. Tujuannya adalah untuk membincangkan modul yang akan digunakan sepanjang perjalanan program.