Loading...

Friday, February 19, 2010

SENARAI NAMA JU UTAMA UNTUK PROGRAM JU PELAJAR PPDa PETRONAS DI PUSAT SUKAN AIR, JPNPP TELOK KUMBAR PADA 8-10 MAC 2010

BIL

SEKOLAH

NAMA

TUGAS

1

SMK Convent Pulau Tikus

Cik Nor Hakimah bt. Mohd Noor

Ketua Fasilitator

2

SK Bayan Baru

En. Izhar bin Ibrahim

Pen. Ket. Fasilitator

3

SK Bukit Gelugor

Cik Fara Wahida bt. Abd. Rashid

Fasilitator

4

SK(P) Methodist

En. Tan Boon Ann

Fasilitator

5

SK Francis Light

En. Ahmad Faizal bin Abdullah

Fasilitator

6

SK Balik Pulau

En. Hakimi bin Saman

Fasilitator

7

SJKC Hun Bin

Cik Chin Lai Peng

Fasilitator

8

SJKC Kwang Hwa

Cik Yeoh Choon Kim

Fasilitator

9

SJKC Wen Kai

Cik Chang Lai See

Fasilitator

10

SJKC Chong Cheng

Cik Ng Leh Cheng

Fasilitator

11

SK Mutiara Perdana

Cik Yusfaiza bt. Yussoff

Fasilitator

12

SJKC Li Tek A

Pn. Khoo Goek Sim

Fasilitator

13

SK Sungai Pinang

Pn. Sarima bt. Ishak

Fasilitator

14

SK Sungai Ara

Pn. Siti Aminah bt. Mohd Noor

Fasilitator

15

SK Seri Bayu

Pn. Rosmawaty bt. Salleh

Fasilitator

SENARAI NAMA JURULATIH UTAMA PPDa PETRONAS NEGERI PULAU PINANG 2010.....TAHNIAH!!!

BIL SEKOLAH PESERTA 1 SMK Abdullah Munshi Pn. Norosidah bt Jusoh 2 SMK Jelutong Cik Suria bt Johari 3 SMJK Perempuan China P. Pinang Cik Teoh Soo Koon 4 SK Padang Tembak Pn. Lee Poh Gaik 5 SMK Convent Pulau Tikus Cik Nor Hakimah bt Mohd Nor 6 SMK Sungai Nibong En. Ade Izzuan b Abu Bakar 7 SMKA Al-Mashoor (P) Cik Noraida bt Shuib 8 SM Teknik Tunku Abdul Rahman Putra Cik Haryati bt Ibrahim 9 SMK Bukit Gambir Pn. Nurul Hasliza Aini bt Ramli 10 SMK Westland En. Goh Nai Sin 11 SMK Convent Lebuh Light Pn. Shirley Anne Chapel 12 SMK Hamid Khan Cik Nurhidayah bt Hanafi 13 SMJK Heng Ee Cik Cheah Pek Bee 14 SMK(P) Sri Mutiara Cik Siti Khadijah bt Makhsin 15 SMJK Phor Tay Cik Wong Siew Ching 16 SMK Tunku Puan Habsah Cik Azliza bt Aziz 17 SMK Air Itam En. Nazrul Affendi b Jaaffar 18 SMK Convent Green Lane Cik Retnadeve A/P Raman 19 SMJK Union Cik Ching Yoke Suan 20 SMK(P) St. George Cik Noor Faezah Yahaya 21 SMK Telok Kumbar Cik Noraini bt Nasir 22 SMK Teluk Kumbar 2 Cik Roslizawati bt Muhammad Alias 23 SMJK Sacred Heart Cik Sim Hui Chin BIL SEKOLAH PESERTA 24 SM Teknik Balik Pulau En. Azman b Mohamed 25 SMA Mahaad Al-Mashoor Al-Islami En. Azam bin Othman 26 SMV Batu Lancang Pn. Asma' bt Muhmmad Fathi 27 SK Sri Indah Pn. Sri Devi A/P Apparao 28 SK Bukit Gelugor Cik Farah Wahida bt A. Rashid 29 SK(P) Methodist En. Teh Boon Ann 30 SK Francis Light En. Ahmad Faizal bin Abdullah 31 SK Dato' Keramat Pn. Raudzah Hanim bt Nuruddin 32 SK Batu Maung Pn. Noriza bt Othman 33 SK Bayan Baru En. Izhar bin Ibrahim 34 SK Genting Pn. Siti Nooriza bt Muhamad Noor 35 SK Seri Bayu Pn. Rosmawaty bt Saleh 36 SK Seri Permai Pn. Zauyiah bt Ibrahim 37 SK Sungai Ara Pn. Siti Aminah bt Mohd Noor 38 SK Balik Pulau En. Hakimi b Saman 39 SK Tanjong Tokong Pn. Fauziah bt. Salleh 40 SK Sungai Pinang Pn. Sarima bt Ishak 41 SK Seri Relau Pn. Suhaibah bt Abd Rahim 42 SJKC Convent Datok Keramat Pn. Lim Siew Phin 43 SJKC Han Chiang Pn. Tan Sock Kim 44 SJKC Kong Min Cawangan 1 Pn. Quek Choo San 45 SJKC Kong Min Cawangan 2 Pn. H'ng Goa Lee 46 SJKC Hun Bin Cik Chin Lai Leng 47 SJKC Kwang Hwa Cik Yeoh Choon Kim 48 SJKC Li Tek A Pn. Khoo Goek Sim 49 SJKC Chung Shan Pn. Teo Bee Hong 50 SJKC Wen Khai Cik Chang Lai See 51 SJKC Chong Cheng Cik Ng Leh Cheng 52 SK Mutiara Perdana Cik Yusfaiza bt Yussoff

Thursday, February 11, 2010

PERUTUSAN HARI PERINGATAN ANTIDADAH 2010

View Image

PERUTUSAN

Y. BHG. TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA

HARI PERINGATAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 19 FEBRUARI 2010


“1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH”

Bismillahirrahmanirahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat Sejahtera

Kepada : SEMUA WARGA SEKOLAH

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berjumpa dalam majlis yang mempunyai makna yang besar kepada kita. Setiap tahun, pada tanggal 19 Februari kita akan mengadakan Sambutan Hari Peringatan Antidadah Peringkat Kebangsaan. Sambutan ini adalah sebagai mesej betapa kita amat benci akan najis dadah. Sambutan Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan ini adalah manifestasi komitmen kita semua dan juga memberi gambaran bahawa momentum kita masih laju untuk melaksanakan usaha-usaha pencegahan dadah di peringkat awal terutamanya kepada kumpulan umur yang masih berada di bangku sekolah.

Kesungguhan kita untuk menyatakan benci kepada dadah bukanlah hanya pada tarikh hari peringatan ini sahaja tetapi kerajaan Malaysia dan warganya sentiasa merealisasikan rasa benci kepada dadah melalui usaha yang berterusan bagi memastikan warganya bebas daripada gejala dadah. Tarikh Hari Peringatan Antidadah Kebangsaan yang diputuskan pada 19 Februari pada setiap tahun ini merupakan simbol bahawa negara kita Malaysia sentiasa bertindak secara bersepadu bagi memastikan dunia bebas daripada dadah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah-sekolah seluruh negara. Di samping itu juga, KPM amat menyedari bahawa punca dan masalah dadah pada hari ini semakin rumit dan telah melibatkan pelbagai pihak termasuklah golongan dewasa, remaja, dan murid-murid sekolah. Keadaan ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid-murid sekolah seluruhnya sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Ini bermakna semua pihak mesti memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kofi Annan pernah menyatakan bahawa :

"Illicit drugs destroy innumerable individual lives and

undermine our societies. Confronting the illicit trade in

drugs and its effects remains a major challenge for the

international community."

Penyataan ringkas ini jelas menggambarkan betapa seriusnya masalah yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat antarabangsa berkaitan dengan dadah dan peruntukan dibelanjakan untuk menghadapi masalah ini adalah sangat besar. Semakin tinggi teknologi dan semakin maju dunia maka semakin canggih usaha pengedaran dadah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kumpulan ini langsung tidak memikirkan musibah yang akan menimpa warga yang terjebak dengan dadah kerana mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Mereka juga tidak ambil peduli tentang masalah-masalah sosial yang timbul kesan daripada aktiviti haram mereka.

Akibatnya, kita sering sangat didedahkan dengan kisah kecurian, pembunuhan dan kejadian ragut yang kebanyakannya dilakukan oleh penagih-penagih dadah semata-mata hanya kerana mahukan wang untuk mendapatkan bahan khayal tersebut. Kita juga pernah digemparkan dengan penemuan makmal-makmal memproses dadah di bangunan kedai atau rumah-rumah sehinggakan jiran tetangga pun tidak perasan dengan kewujudan makmal-makmal tersebut di kawasan petempatan mereka. Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasukan keselamatan negara kita kerana dengan semangat dan iltizam mereka yang tinggi, ramai penagih dan pengedar dadah telah ditangkap serta sejumlah tempat memproses dadah telah dibongkar dan dimusnahkan.

Walaupun tangkapan demi tangkapan berjaya dilakukan oleh pihak berkuasa namun pengedaran dan pemprosesan dadah tetap juga berlaku seolah-olah tindakan pihak berkuasa ini tidak memberikan sebarang kesan kepada penjenayah terbabit. Hal yang lebih membimbangkan lagi ialah kita mungkin juga tidak mengetahui bahawa di sekeliling kita ada pengedar kecil-kecilan yang cuba meneroka pasaran kecil, terutamanya aktiviti penggedaran dadah yang menjadikan remaja sebagai golongan sasaran mereka.

Justeru itu, perjuangan menentang pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini mesti diteruskan. Kesepaduan kerja hendaklah dibuktikan di semua peringkat supaya usaha pencegahan menjadi lebih berkesan, bermakna dan diyakini tanpa mengira masa, bangsa, budaya dan sempadan geografi. Sebab itulah, perjuangan peribadi yang paling penting dan berkesan yang mesti ada pada murid-murid ialah MENGATAKAN TIDAK KEPADA DADAH.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

Berdasarkan World Drug Report 2008 oleh UNODC, keluasan keseluruhan penanaman opiat adalah seluas 235,700 hektar dan penghasilan dadah sintetik dalam kategori Amphetamine-type Stimulants (ATS) mencecah sebanyak 494 tan metrik dalam tahun 2007. Jumlah ini sebenarnya cukup besar untuk kegunaan pasaran di kebanyakan benua di dunia ini. Pengeluaran Amphetamine-type Stimulants (ATS) seperti ecstasy, methamphetamine (syabu) dan amphetamine oleh Eropah mula meningkat selepas tahun 2005 dan keluasan pasarannya sudah melangkaui ke negara-negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

Fenomena ini sangat membimbangkan semua pihak, seolah-olah ada usaha terancang sedang dilakukan oleh kartel dadah antarabangsa untuk meneroka pasaran di Malaysia. Tidak cukup dengan itu, muncul pula beberapa insiden melibatkan warganegara Malaysia yang diperdaya untuk mengedar dadah di peringkat antarabangsa. Seolah-olah bangsa Malaysia sedang cuba dibinasakan secara perlahan-lahan sehingga menjejaskan jati diri dan akar budaya masyarakat Malaysia yang sekian lama dijunjung dan dipelihara. Kesan langsung agenda ini ialah berlakunya transformasi budaya yang semakin terhakis.

Penghakisan budaya dan norma ketimuran ini ditokok pula dengan kesan-kesan sosial lain yang tercetus daripada keganasan gelombang globalisasi. Budaya hedonisme dalam kalangan remaja, hubungan seks bebas, pengambilan alkohol, pegangan agama yang longgar dan sebagainya memburukkan lagi situasi sedia ada. Walaupun hanya sekumpulan kecil sahaja yang terlibat dalam isu kebejatan sosial ini namun pengaruhnya cukup kuat kepada remaja kerana golongan ini mudah hanyut dengan aspek-aspek keseronokan sehinggakan mereka tidak mampu membuat penilaian matang. Kita juga bimbang dengan kesan keganasan gelombang globalisasi ini kerana keharmonian dan keamanan negara kita mungkin akan binasa dalam tempoh satu atau dua generasi jika langkah bijak dan tegas tidak dilakukan untuk memastikan remaja Malaysia sentiasa bebas dari dadah dan budaya hedonisme.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

Analisis Laporan Dadah Januari hingga November 2009 oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan bahawa Pengaruh Kawan (52.05%) merupakan faktor utama yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan gejala ini, diikuti faktor Perasaan Ingin Tahu (14.68%) dan faktor Untuk Keseronokan (15.66%). Oleh itu, saya menyeru semua pihak agar bersama-sama bersatu tenaga dan idea untuk menyusun lebih banyak program yang mampu memberikan impak yang berkesan kepada kumpulan sasaran. Kita juga harus melaksanakan tanggungjawab dan memperkasakan peranan kita dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah tanpa mengira siapa kita; sama ada kita sebagai pentadbir dan perancang pendidikan, pentadbir sekolah, guru, pekerja sekolah, ibu bapa, ahli masyarakat atau murid sekolah. Jika kita ingin berada di hadapan dan kekal di situ, maka kita perlu menerajui perubahan, sebaliknya jika kita sentiasa bernostalgia dengan kejayaan-kejayaan masa lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru maka kita akan membentuk gejala jumud. Oleh itu, kita perlu membuktikan kerelevanan kita kepada masyarakat dengan memperkasa peranan masing-masing sesuai dengan peredaran zaman.

Sehubungan dengan itu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah perlu bersikap proaktif serta berfikiran melampaui masa sekarang dengan meletakkan cabaran jangka panjang dalam usaha memastikan negara dan sekolah bebas dadah. Cabaran ini merujuk kepada pembaharuan dan perubahan struktural dalam pencegahan dadah berteraskan model baru yang berteraskan kreativiti dan inovasi dan juga bersifat semasa.

Usaha-usaha sedia ada oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang merangkumi pelbagai program pembangunan sahsiah dan jati diri hendaklah terus dimantapkan. Begitu juga dengan kewujudan Bilik dan Sudut Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah yang merupakan satu inovasi yang cukup kreatif dan memberikan impak yang sangat besar dalam sebaran mesej bahaya dadah kepada murid-murid dan komuniti berasaskan sekolah. Saya berharap program-program sebegini diteruskan di semua peringkat, terutamanya di sekolah-sekolah kerana kajian yang dibuat menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang melaksanakan program pencegahan dadah secara berterusan dapat mengelakkan murid-murid sekolah tersebut daripada mencuba atau melibatkan diri dalam penyalahgunaannya walaupun setelah mereka tamat persekolahan.

Akhir sekali, saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar sentiasa berusaha menjadikan sekolah, keluarga dan komuniti bebas daripada dadah kerana institusi inilah yang mampu merealisasikan sekolah bebas dadah seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. Berusahalah untuk menjadi modal insan yang bernilai tinggi dengan mengatakan TIDAK KEPADA DADAH KERANA DADAH MEMBUNUH JATI DIRI DAN BUDAYA BANGSA.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

............................................................................................

(TAN SRI DATO' HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM)

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA