Loading...

Wednesday, January 25, 2012

Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa PETRONAS 2012

Kursus ini akan dilaksana pada tanggal 31 Januari hingga 2 Februari 2012 bertempat di Chalet Air Panas, Jalan Betong, 33100 Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Kursus ini akan dikendalikan oleh 2 orang Jurulatih Eksekutif yang berpengalaman iaitu En. Adam Malek bin Ibrahim (Kaunselor SMK Datuk Haji Ahmad Said) dan En. Shukor bin Ismail (Kaunselor SMK Permatang Rawa). Semua persediaan telah dibuat dan peserta yang terdiri dari Kaunselor ke2 dan Guru PPDa dari sekolah-sekolah yang terpilih telah dimaklumkan. Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar insyallah.

Kembali ke Rahmatullah

Pada pagi 9 Januari 2012 Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah dikejutkan dengan kematian Pembantu Tadbir N17 Mohamad Syahar bin Ahmad pada usia 37 tahun. Kematian beliau disebabkan oleh serangan jantung yang mengejut yang diistilahkan oleh doktor sebagai "Myocardiac Infaction". Allahyarham merupakan seoran yang dedikasi dalam tugasnya dan juga periang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan juga menempatkan rohnya dikalangan orang beriman. Amin
Pihak Unit PPDa dan semua kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan juga terima kasih atas sumbangan arwah semasa hidupnya.